Rabu, 21 Ogos 2013

LOGO SEKOLAH DAN MAKSUDNYA





Warna Hijau melambangkan
persefahaman segenap komuniti atau kampung setempat

Warna Biru melambangkan
kerajinan dan semangat dedikasi guru, staf, dan pelajar

Warna Putih melambangkan
kesucian hati dan nilai murni yang diamalkan di sekolah

Lambang Bendera Sarawak
melambangkan salah satu sekolah di negeri Sarawak

Effort Brings Success
melambangkan cogan kata “Usaha Tangga Kejayaan”


Lambang
Pokok Padi
melambangkan pekerjaan utama penduduk setempat
dan kerjasama komuniti tempatan

SK Sungai Poyan
Nama sekolah

Selasa, 13 Ogos 2013

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2013



Koleksi Soalan Percubaan UPSR Tahun 2013

Soalan Percubaan UPSR Tahun 2012 boleh didapati di sini

Peperiksaan percubaan UPSR tahun 2013 agak kurang mendapat sambutan pada kali ini. Maksud admin ialah perkongsian soalan tersebut. kurang meriah mungkin disebabkan suasana Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang menyebabkan kesuntukan masa di kalangan guru dan juga banyak pihak PPD / JPN tidak membuat soalan secara selaras lagi. Ada beberapa koleksi yang admin akan kongsikan dan bahan / sumber asal adalah dari perkongsian di internet seperti di KGMSR, KGM dan sebagainya. 


Pada masa ini admin sedang berusaha mengumpul seberapa banyak soalan percubaan dari pelbagai sumber. Jika anda tidak keberatan, sila hantarkan ke email ke sksgpn@yahoo.com  Sumbangan anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Sabtu, 13 Julai 2013

SELAMAT DATANG KEPADA GURU BAHARU

Assalamualaikum.....

Syukur ke hadrat Illahi kerana SK Sungai Poyan telah mendapat dua orang guru baharu yang baru melapor diri....Syabas dan selamat bertugas diucapkan...

Program Bulan Kecergasan 1 Murid 1 Sukan



Nama Sekolah         :           Sekolah Kebangsaan Sungai Poyan, Limbang



Nama Program         :           Program 1 Murid 1 Sukan Sempena Bulan Kecergasan

Kumpulan Sasaran :           sepuluh buah sekolah di daerah Limbang


a)    SK Sungai Poyan          f)  SK St Edmunds

b)    SK Bukit Luba                g) SK Limpaki

c)    SK Bandar                      h) SJK Chung Hwa

d)    SK Melayu Pusat           i)  SJK Yuk Hin

e)    SK Limbang                    j)  SK Batu Empat



Jumlah Pelajar         :          Pra Sekolah  :           2 orang

Tahap Satu   :           2 orang

Tahap Dua    :           6 orang

Jumlah           :           10 orang setiap sekolah




Tarikh Pelaksanaan            :           17 Julai 2013 (Hari Rabu)



Objektif Program
1
Dapat menyedarkan akan kepentingan sukan dan kecergasan di kalangan murid-murid sekolah khususnya di dalam kehidupan seharian mereka.


2
Dapat membentuk dan membina murid-murid sekolah yang sihat, cergas, bersih dan seterusnya mampu melahirkan pelajar sekolah yang berpotensi dan berkualiti serta lebih berkeyakinan tinggi.


3
Memberi peluang kepada murid-murid sekolah menimba pengalaman yang berharga.


4
Memupuk semangat setiakawan dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid sekolah serta dapat menjalin hubungan bekerjasama di dalam satu pasukan tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.


5
Memberikan peluang kepada setiap murid sekolah untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Tentatif Program    :


7.00 pagi
Pendaftaran pelajar di SK Sungai Poyan

7.30 pagi
Pelepasan oleh PPD Limbang
Jalan Ria Sepuluh Ribu Langkah 1 M 1 S

8.30 pagi
Majlis perasmian bulan kecergasan 1 M 1 S

9.30 pagi
Pertandingan Kuiz 1M 1S
-       Murid Tahap Dua

Pertandingan Mewarna Bulan Kecergasan 1 M 1 S
-       Murid Pra Sekolah
-       Murid Tahap Satu

11.00 pagi
Jamuan ringan

11.30 pagi
Majlis penyampaian hadiah

12.00 t/hari
Bersurai