Ahad, 14 April 2013

KEM BESTARI SOLAT FASA 1


GAMBAR - GAMBAR KEM BESTARI SOLAT FASA 1
 Sedang menunggu penyelaras KBS untuk menyampaikan taklimat
Penyelaras KBS Fasa 1 sedang menyampaikan taklimat 
kepada guru-guru pendidikan islam
Taklimat disampaikan dengan kemas dan teratur
 yang melibatkan para ustazah
Sesi kelas Kem Bestari Solat
Ustazah Ira Sufinah Taty sedang membuat sesi soal jawab dengan pelajar
Ustazah Rukmini kelihatan sedang membahagikan 
para pelajar kepada beberapa kumpulan
Ustazah Bibi memulakan KBS dengan doa belajar
Ustazah Norazizah sedang asyik mengambil kedatangan pelajar
Antara kelas KBS yang sedang dijalankan
Bacaan doa mestilah betul dan difahami maksudnya
Kelas KBS yang dilaksanakan dengan jayanya dan melibatkan para pelajar
Ustazah Hazwani sedang menerangkan cara mengambil wuduk
Gotong-royong menyediakan makanan KBS Fasa 1

Memantau cara mengambil wuduk yang betul
Ustazah Bibi menerangkan cara ruku' yang betul semasa solat
Semua pelajar sedang memerhatikan rakan yang sedang melakukan demontrasi solat
Ustazah Rukmini dan Ustazah Nur Hazril Amirah









Rabu, 10 April 2013

SEJARAH SEKOLAH





SEJARAH RINGKAS
SK.SUNGAI POYAN

1957-1990-AN

           SK Sungai Poyan telah ditubuhkan pada tahun 1957,yang mana pada mulanya dibina di atas tapak tanah yang dipinjamkan oleh penduduk kampung. Reka bentuknya di bina secara gotong royong beratapkan daun nipah dan berdindingkan kajang dan berlantaikan tanah.  SK Sungai Poyan pada masa itu lebih dikenali dengan sebutan tempatan ‘SEKOLAH KAJANG'.  Pada mulanya sekolah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Limbang, kemasukan murid tahun pertama sekolah ini dibuka ialah seramai lebih kurang 50 orang. Sesi pengajaran dilakukan pada sebelah petang mengikut keadaan pada masa itu. Pada tahun 1959,Majlis Daerah Limbang telah berusaha memperbaiki reka bentuk sekolah ini dan menggantikannya dengan sebuah bangunan yang baru satu blok bangunan yang mempunyai 1 bilik guru,2 bilik darjah dan bangunan ini kekal sampai sekarang.   

        Pada bulan Januari 1960, murid-murid mula berpindah dari Sekolah Kajang ke sekolah baru yang lebih selesa pada masa itu. Pada 06.06.1962, sekolah ini telah dirasmikan oleh Gabenor British yang ke empat dan terakhir iaitu  Coloni Sir Alexander Dee Wadel.  Pada tahun 1986, sebuah bangunan telah dibina untuk menambah bilangan kelas memandangkan bilangan murid bertambah. Pada masa ini , sekolah ini telah mempunyai 6 buah bilik darjah dan mempunyai murid melebihi seratus orang

         Pada tahun 1994, satu blok bangunan telah dinaik taraf dengan tambahan 1 bilik untuk dijadikan bilik guru.. Sejak dahulu, hingga sekarang (2006) sekolah ini telah banyak berjasa dan berbakti kepada penduduk-penduduk 4 buah kampung dan telah melahirkan masyarakat yang berpendidikan,berilmu pengetahuan yang tinggi, dan berfikiran terbuka.

 

                 SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI 

                                         SK.SG. POYAN, LIMBANG

 

BIL
NAMA
TEMPOH
1.
EN. ASRAH ABD. LATIF
1957-1959
2.
EN. MOHAMAD MATSERUDIN
1960-1966
3.
EN. YUSUF B. ABG. OMAR
1967-1970
4.
EN. . SUPERI B. TENGAH
1971-1973
5.
EN. GANI B. MATUSIN
1974-1978
6.
EN. HAMID B. BAIR
1979-1981
7.
EN. ABD. HAMID B. AHMAD
1982-1993
8.
EN.KIFLI B. ABD. BAKAR
1993-MEI 1994
9
EN. AWGKU OSMAN PG. HJ. DAMIT
JUN 1994-2004
10
PN. DYG. ROHANA BT. HJ. ABD. KARIM
2005-