Rabu, 10 April 2013

SEJARAH SEKOLAH





SEJARAH RINGKAS
SK.SUNGAI POYAN

1957-1990-AN

           SK Sungai Poyan telah ditubuhkan pada tahun 1957,yang mana pada mulanya dibina di atas tapak tanah yang dipinjamkan oleh penduduk kampung. Reka bentuknya di bina secara gotong royong beratapkan daun nipah dan berdindingkan kajang dan berlantaikan tanah.  SK Sungai Poyan pada masa itu lebih dikenali dengan sebutan tempatan ‘SEKOLAH KAJANG'.  Pada mulanya sekolah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Limbang, kemasukan murid tahun pertama sekolah ini dibuka ialah seramai lebih kurang 50 orang. Sesi pengajaran dilakukan pada sebelah petang mengikut keadaan pada masa itu. Pada tahun 1959,Majlis Daerah Limbang telah berusaha memperbaiki reka bentuk sekolah ini dan menggantikannya dengan sebuah bangunan yang baru satu blok bangunan yang mempunyai 1 bilik guru,2 bilik darjah dan bangunan ini kekal sampai sekarang.   

        Pada bulan Januari 1960, murid-murid mula berpindah dari Sekolah Kajang ke sekolah baru yang lebih selesa pada masa itu. Pada 06.06.1962, sekolah ini telah dirasmikan oleh Gabenor British yang ke empat dan terakhir iaitu  Coloni Sir Alexander Dee Wadel.  Pada tahun 1986, sebuah bangunan telah dibina untuk menambah bilangan kelas memandangkan bilangan murid bertambah. Pada masa ini , sekolah ini telah mempunyai 6 buah bilik darjah dan mempunyai murid melebihi seratus orang

         Pada tahun 1994, satu blok bangunan telah dinaik taraf dengan tambahan 1 bilik untuk dijadikan bilik guru.. Sejak dahulu, hingga sekarang (2006) sekolah ini telah banyak berjasa dan berbakti kepada penduduk-penduduk 4 buah kampung dan telah melahirkan masyarakat yang berpendidikan,berilmu pengetahuan yang tinggi, dan berfikiran terbuka.

 

                 SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI 

                                         SK.SG. POYAN, LIMBANG

 

BIL
NAMA
TEMPOH
1.
EN. ASRAH ABD. LATIF
1957-1959
2.
EN. MOHAMAD MATSERUDIN
1960-1966
3.
EN. YUSUF B. ABG. OMAR
1967-1970
4.
EN. . SUPERI B. TENGAH
1971-1973
5.
EN. GANI B. MATUSIN
1974-1978
6.
EN. HAMID B. BAIR
1979-1981
7.
EN. ABD. HAMID B. AHMAD
1982-1993
8.
EN.KIFLI B. ABD. BAKAR
1993-MEI 1994
9
EN. AWGKU OSMAN PG. HJ. DAMIT
JUN 1994-2004
10
PN. DYG. ROHANA BT. HJ. ABD. KARIM
2005-

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan